alhamdulillah . .
alhamdulillah . .
alhamdulillah . .
memang tidak sangka akan mendapat keputusan sebaik itu (walaupun akak taya nape turun 0.02). memang menanti keputusan dengan penuh berdebar la semalam. tak keruan dibuatnya. jadi, berdirinya saya di sini, mana ade kerusi nak duduk (rindu word ni) saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada :
sir calculus :
sir, terima kasih ajar saya calculus. saya bersyukur sir yang ajar. sir sangat baik dan kelakar. sir ajar kami seolah olah kami tidak tahu apa-apa (tiada basic). saya suke bila sir panggil saya "temo". sebab rasa macam nak gelak kuat kuat. sir, jumpe sir sem depan. tak sabar nak blaja math logic ngan sir
madam c++ :
bole di katekan antara subjek yang saya tak gemar. membuat programming. tapi, disebabkan madam selalu kasi soalan dan saya terpaksa buat, saya da bole wat program sendiri. madam selalu kasi nota yang berguna. memang tak sangka saya dapat __. alhamdulillah
sir account :
ye, saya akui saya sangat benci account mase first time kite bertemu. bila sir menggunakan teknik 'saiko', saya selalu gelak. tapi, teknik ni la wat saya ingat benda tu. terima kasih sir sebab ajar saya. terima kasih sebab tidak marah kelas kami, terima kasih sebab sabar ngan perangai kami dan terima kasih sebab pampang besar besar carry mark kami :p
madam bel :
madam sangat best best best dan kelakar. mula mula saya takut nak wat speaking practise selepas kena 'marah'. sebelum berjumpa dengan madam, mesti kami neves. belatih dengan bersungguh sungguh. dan lama lama kami da biasa dan akhirnya dapat buat yang terbaik dalam speaking test. saya akui sepatutnya saya boleh dapat yang terbaik. disebabkan sikap sambil lewa mase final membuatkan saya mendapat __ sahaja. sikap madam yang kelakar dan selumber menjadikan kelas bel santai dan relaks :)
ustazah ctu :
ustazah sangat baik dan lembut dengan kami. walaupun ada yang datang lambat, ustazah tetap tenang. walaupun ada yang tido masa ctu, ustazah tetap cool jep. terima kasih ustazah sehingga saya mendapat __. saya memang tak jangka memandangkan soalan objektif saya banyak hentam.
ustaz HKR :
subjek ko yang paling best. sebab tak payah wat ape ape.dengar apa yang diajar dan bincang dalam kumpulan. balek pun cepat. 30 minit sebelum mesti da abes kelas. tak payah nak berpeluh peluh. tapi, badan pula tak sihat. tapi, ilmu agama meningkat woo.. terima kasih sebab memudahkan ujian hafazan kami :)
puan nini :
terima kasih puan sebab sudi ajar account last minit. sanggup turun pada waktu malam semata mata nak ajar kami. puan ajar memang membuatkan kami faham dengan account. maaf sebab puan terpaksa ajar kami dan pada masa yang sama kena jaga anak kecil puan.
tidak lupa kepada :
ibubapaucoprajaayemnaspanjangamalinaainamissamakamalamoi
fatinwinaaizahikayanaanislynnnyumakiddiazuraiqamirafatimahakak
dan juga kepada :
FARIZAH FUAT yang sentiasa beri sokongan padunya :)))